Kepuasan setiap Operator Radio Amatur apabila dapat QSO dengan station DX tidak dapat digambarkan apatah lagi antena 'homebrew' atau serta menguji sejauh mana gainnya. Dengan mengumpulkan QSL kad sebagai bukti telah berkeudara antara satu station yang lain.
Malahan jika menyerta beberapa Contest yang dianjurkan oleh mana-mana Society diseluruh dunia bahkan ribuan awards akan kita boleh capai jika kita betul2 berminat dengan hobi radio amatur.
WAS(Worked All State), WAC(Worked All Continents), WAZ(Worked All Zone), DXCC(DX Century Club), VUCC(VH/UHF Century Club) ini adalah Award yang paling popular. Dan juga berbagai cara/prosedur untuk mendapatkannya termasuk juga berkomunikasi dgn Lighthouse Station, Pulau-Pulau serta Negara yang mengenakan syarat tertentu seperti bandar, negeri.
Dan untuk Special Event tertentu seperti Ulangan tahunan kemerdekaan, JOTA, Sukan dan sebagainya. Malaysia sendiri pun apa kurangnya penulis sendiri semalam ketika eyebal dengan 9M2GET, Call 9M2 amat popular atau " station rare" daripada station 9M8 atau 9M6 dan menjadi buruan kepada Ham diluar negara so apabila Station DX mendapat Station 9M2 mereka akan cuba QSO buktinya ketika 9M2GET CQ di 14.180mhz beliau hanya dapat mendengar banyak station dan beliau cuba memanggil Stn DR1A, hasil memang stan 9M2 menjadi buruan mereka, kenapa ia? Ham radio di Malaysia terlalu kecil jumlahnya serta semangat ham antarabangsa kita masih jauh.
Bagi kita yang ingin mendapat award didalam Malaysia sendiri pun boleh, iaitu WAMA(Worked All Malaysia Arward) untuk semua radio amatur yang berlesen Dan HAMA(Heard All Malaysia Award) bagi SWL. Arward ini telah didaftar dengan ARRL, maka tarafnya adalah antarabangsa lah. Untuk melayakkan memperolehi WAMA setiap amateur radio operator perlu ikut prosedur seperti berikut :
1. BerQSO 10 Station 9M2
2. 1 Station 9M8
3. 1 Station 9M6
4. Mesti bekerja pada band 10m, 6m, 2m dan 70cm
5. Mesti bekerja melalui Simplek sahaja.
6. Mode operation mestilah melalui SSB, RTTY, CW, Single band atau kedua dua sekali dan Single Mode atau Kedua-dua sekali. Begitu juga dengan untuk kelayakan HAMA Setiap SWL perlu mendengar 10 Stn 9M2 dan satu Stn 9M8 serta 9M6. SWL perlu menghantar QSL Kad kepada Station tersebut untuk confirmkan yang anda telah menerima isyaratnya.
Untuk memohon award setiap permohonan mestilah di alamat kepada Award Manager-9M2FK
PO Box 13, Penang, Malaysia. Permohonan tersebut mestilah dilampirkan dokumen tersebut :
1) Callsign Permohon
2) Nama
3) Alamat Surat-menyurat
4) E-mail address jika ada
5) Senarai 12 Station yang anda QSO(Log book yang telah diphotostatkan);
Callsign, Date/Time UTC, Band, Freq, Mode.
6) 12 keping QSL Kad yang telah diphotostatkan
7) Salinan Logbook tersebut juga mestilah disahkan oleh Councill Member of Society.
8) Untuk permohonan dari luar negara dikena USD5.00, untuk ahli MARTS FOC dan Non Member RM10.00. Sebarang pertanyaan boleh dibuat terus melalui Pak Eshee-OM 9M2FK ditalian04-228 2370, atau via e-mail to MARTS editor : 9m2ncl@marts.org.my